Kolekolek Portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Sila baca di sini!

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Male
Number of posts : 10
Registration date : 2007-03-13

Sila baca di sini! Empty
PostSubject: Sila baca di sini!   Sila baca di sini! EmptyWed 14 Mar 2007 - 13:19

FORUM KOLEKOLEK - Sebuah komuniti sesama
Objektif forum kolekolek adalah menjadikan forum ini sebuah komuniti perkongsian dimana para ahli kolekolek boleh berkongsi apa saja koleksi-koleksi mereka seperti mp3, video, artikel, lukisan, cerita, nasihat, tips-tips hidup yang berguna selain mengadakan perbincangan mengenai topik-topik yang dapat membantu dalam soal agama, kesihatan, kemahiran dan lain-lain. Forum ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturahim antara bangsa, agama, dan kaum di Malaysia ini.

Peraturan dan Panduan Forum Kolekolek

Tujuan peraturan dan panduan forum kolekolek ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum dan juga bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh member-member lain berlaku. Di harap semua member forum dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.

1. Pendaftaran Ahli

Anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang topik atau membalas topik-topik di dalam forum ini. Untuk mendaftar, anda hanya perlu klik pada link register, kemudian isi butir-butir yang telah tersedia dalam ruang register. Sila reka nama panggilan anda dalam forum ini dengan ringkas, baik dan mesra. Pilih katalaluan (password) yang ringkas dan mudah di ingati.

Selepas mendaftar, anda akan menerima email untuk mengaktifkan akaun. Sila pastikan email anda tidak penuh, dan check di dalam bulk mail folder. Akaun yang tidak diaktifkan setelah beberapa hari mengikut tempoh yang diaktifkan oleh forum akan dipadam.


2. Membuka topik baru / Membalas mesej

Topik Baru
Topik baru boleh dibuka di mana-mana forum kecuali di forum yang telah dikhaskan sahaja. Untuk membina topik baru, klik pada ikon Topik Baru. Topik yang hendak dibuka mestilah tidak berbaur atau berkaitan dengan kejahatan, lucah, yang tidak dapat diterima umum. Topik yang tidak diterima pendendali akan dibuang.

Tajuk topik hendaklah yang baik, mudah difahami, dan berkenaan dengan apa yang hendak dibincangkan.

Contoh topik yang akan dibuang :
A. Topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan.
B. Topik seks atau bahan lucah.
C. Topik merapu, menghina, mengutuk.
D. Topik agama yang tidak sahih.
E. Topik skim cepat kaya, sistem piramid dan lain-lain yang seangkatan.


Balas mesej
Setiap topik boleh dibalas kecuali di forum yang telah dikhaskan sahaja. Untuk membalas atau memberi respon pada setiap topik, klik pada ikon Balas. Anda juga boleh memberi komen pada setiap respon dalam setiap topik yang dibincangkan dengan mengklik pada ikon Quote.

Setiap Topik atau Mesej yang dipos mestilah berkenaan dengan tajuk perbincangan dan mempunyai isi yang berkenaan. Mesej yang hanya mengeluarkan imej similies sahaja atau berbunyi seperti "ye..", "ok..", "hmm..", "bye.." dan lain-lain adalah ditegah.

3. Memasukkan imej / flash movie

Forum ini membenarkan anda memasukkan sebarang imej / gambar.
Setiap imej / gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server percuma.
Contoh server percuma:
1. https://www.photobucket.com/
2. http://www.webhost.com/
3. http://www.imageshack.com/

Upload Imej / Gambar ke dalam forum
Ketika hendak mengirim topik atau membalas mesej, sila masukkan kod berikut:

code:

Code:
[img]http://nama_server/nama_fail.jpg[/img]

Upload Flash Movie ke dalam forum

code:

Code:
<embed src="http://nama_server/nama_fail.swf" width="nilai_lebar" height="nilai_tinggi"></embed>

4. Bahasa perantaran

Bahasa yang digunakan dalam forum ini adalah bebas. Bahasa kasar, lucah dan yang tidak dapat diterima umum atau pengendali sangat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar. Sila ambil perhatian!

5. Maklumkan

Sebarang kemyuskilan, komen, cadangan, pendapat atau pertanyaan, maklumkan di dalam forum: https://kolekolek.forumotion.com/Test-posting-Soalan2-lazim-Cadangan-Komen-f19.htm

Penyalahgunaan / abuse

Menyedari atau perasan sebarang penyalahgunaan di dalam forum ini? Laporkan sekarang!
1. https://kolekolek.forumotion.com/msg.forum?folder=inbox
2. emel juzgnela@yahoo.com

Akhir kata, selamat menggunakan forum ini dengan selamat, diri kita selesa, minda kita sejahtera, hati dan jiwa kita mulia, sekaligus bahasa, agama, bangsa kita dihormati dan disegani.

Sekian,
Admin Kolekolek.

p/s: Akan dikemaskini.
Back to top Go down
https://kolekolek.forumotion.com
 
Sila baca di sini!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info mengenai forum kolekolek-
Jump to: