Kolekolek Portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian

Go down 
AuthorMessage
Arabella
member baru
Arabella


Number of posts : 232
Registration date : 2007-03-19

Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian Empty
PostSubject: Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian   Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian EmptyWed 23 May 2007 - 14:05

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat sesuatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah S.A.W. diusir dari Mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan didera, bahkan kerana itu pula beliau kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, bahkan justeru di penjara itulah beliau banyak melahirkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, bahkan di tempat itulah beliau berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. Ketika Ibnu Atsir dipecat dari jawatannya, beliau berhasil menghasilkan karya besarnya yang berjudul Jami’ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadis. Demikian juga halnya dengan Ibnul Jauzi, beliau pernah diasingkan dari Baghdad, dan kerana itu beliau dapat menguasai qira’ah sab‘ah. Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun beliau mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman ‘Abbasiyyah. Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib Al-Huzaili mati meninggalkannya seorang diri, namun beliau mampu mencipta nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihir, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri anda dari berbagai kesulitan yang anda hadapi! Dengan begitu, anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami dan….
216. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu…. (Al-Baqarah)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan yang seorang lagi pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi. Setiap hari kedua-duanya sama-sama menjengukkan kepala melalui sela-sela geriji penjara. Hanya saja, sang sasterawan yang optimis selalu memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang bergemerlapan di langit. Kerana itu, dia selalu tersenyum ceria. Adapun sasterawan yang pesimis, dia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara, kemudian dia menangis kesedihan.

Begitulah, sebaliknya anda perlu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.
Back to top Go down
 
Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info / Tips / Kemahiran :: Kesihatan/Nasihat/Agama-
Jump to: