Kolekolek Portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Arabella
member baru
Arabella


Number of posts : 232
Registration date : 2007-03-19

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyMon 23 Apr 2007 - 9:44

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1)Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2)Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3)Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4)Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1)Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2)Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3)Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4)Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1)Hatinya selalu berniat suci.
2)Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3)Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4)Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5)Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1)Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2)Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3)Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4)Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5)Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6)Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7)Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8)Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.
Back to top Go down
lily_mawar
member baru
lily_mawar


Female
Number of posts : 6
Age : 41
Registration date : 2007-11-21

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyTue 24 Feb 2009 - 21:13

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

( Saidina Ali Karramallahu Wajhah)

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Modify_inline
Back to top Go down
lily_mawar
member baru
lily_mawar


Female
Number of posts : 6
Age : 41
Registration date : 2007-11-21

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyTue 3 Aug 2010 - 3:48

Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada EMPAT macam iaitu:

1. Memberi maaf pada waktu marah

2. Suka memberi pada waktu susah

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau
kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

(Saidina Ali bin Abi Talib)
Back to top Go down
lily_mawar
member baru
lily_mawar


Female
Number of posts : 6
Age : 41
Registration date : 2007-11-21

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyThu 13 Jan 2011 - 22:06

Menurut Ali bin Abi Thalib, orang-orang yang bertakwa itu ialah :

** Orang yang berfikiran benar

** Berpakaian sederhana

** Jalannya penuh tawaduk

** Menundukkan pandangan dari yang diharamkan Allah

** Menggunakan telinga untuk mendengarkan ilmu yang bermanfaat

** Hatinya tenang dalam menghadapi bencana saperti di saat senang
Back to top Go down
lily_mawar
member baru
lily_mawar


Female
Number of posts : 6
Age : 41
Registration date : 2007-11-21

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyThu 13 Jan 2011 - 22:07

Menurut Ali bin Abi Thalib lagi ...

** Sentiasa rindu kepada Allah

** Allah sangat Agung dalam pandangannya sedangkan yang lainnya kecil

** Sentiasa menahan diri dari berbuat jahat

** Keperluannya sederhana

** Sentiasa memelihara kehormatan diri

** Dunia mengejarnya, tetapi ia tidak terpedaya dengan tipu daya dunia




Back to top Go down
lily_mawar
member baru
lily_mawar


Female
Number of posts : 6
Age : 41
Registration date : 2007-11-21

Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin EmptyThu 13 Jan 2011 - 22:08

Dan menurut baginda lagi orang yang bertakwa :


** Bersikap sabar


** Di waktu malam hari ia sentiasa melaksanakan qiyamullail

** Sentiasa membaca Al-quran

** Ketika membaca Al-quran apabila bertemu dengan ayat2 yang berisikan berita gembira jiwanya bergelora untuk mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah itu. Akan tetapi apabila bertemu dengan ayat2 yang berisikan ancaman Allah, ia merasa takut.


** Pada siang siang hari rajin berusaha.


** Tidak merasa puas dengan amal yang sedikit dan tidak menganggap banyak amal yang telah dikerjakan.


** Selalu memandang diri bersalah dan belum berbuat apa2.



Back to top Go down
Sponsored content





Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty
PostSubject: Re: Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin   Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin Empty

Back to top Go down
 
Kata-kata hikmah Khulafa’ Ar-Rasyidin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info / Tips / Kemahiran :: Kesihatan/Nasihat/Agama-
Jump to: