Kolekolek Portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Bila lagi nak buat ibadah...hayatilah walau seminit !!!!!

Go down 
AuthorMessage
Arabella
member baru
Arabella


Number of posts : 232
Registration date : 2007-03-19

Bila lagi nak buat ibadah...hayatilah walau seminit !!!!! Empty
PostSubject: Bila lagi nak buat ibadah...hayatilah walau seminit !!!!!   Bila lagi nak buat ibadah...hayatilah walau seminit !!!!! EmptyWed 23 May 2007 - 14:16

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti). Puratanya manusia meninggal 65 tahun.

"Baligh: Start untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh 15 tahun
Wanita Baligh 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun

12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama.........!

Waktu kita tidur 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur: 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan
tertidur dari dunia untuk selamanya......

Waktu aktiviti kita di siang hari 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang
sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan......

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya
belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

"Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun
kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak,
dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang
selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian............

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu
akan menjadi bencana............

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang
bermanfaat!!!!!!!

Ingatlah negeri kita...Akhirat


Back to top Go down
 
Bila lagi nak buat ibadah...hayatilah walau seminit !!!!!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info / Tips / Kemahiran :: Kesihatan/Nasihat/Agama-
Jump to: